Monday, 14 January 2013

Peruntukan untuk bangunan baru Jabatan Penerangan Labuan

Views
Rais lulus peruntukan untuk bangunan baru Jabatan Penerangan Labuan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia,

      Datuk Seri Utama Rais Yatim, meluluskan peruntukan untuk pembinaan sebuah pejabat baharu Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan. Perkara itu diumumkan beliau ketika berucap merasmikan Program Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malayia Zon 10 Wiayah Persekutuan Labuan di Dewan Komuniti 1Malaysia, Kampung Bukit Kuda, pagi kelmarin. “Oleh kerana masyarakat Labuan terlalu baik dan atas permintaan Ahli Parlimen Labuan, saya luluskan permohonan sebuah bangunan baharu untuk Jabatan Penerangan Labuan,” katanya. Terdahulu sebelum itu, Ahli Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Pemuafakatan Komuniti 1Malaysia negeri, Datuk Yussof Mahal, ketika berucap di majlis itu memohon kepada Menteri berkenaan supaya Labuan mendapat sebuah kompleks Penerangan bersepadu yang boleh menempatkan pejabat Penerangan, Penyiaran dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

       Yussof juga turut memohon supaya kualiti jalur lebar (broadband) di pulau ini dapat dinaik taraf bagi memudahkan penggunaannya kepada rakyat.Bagaimanapun Rais menjelaskan, beliau akan meminta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuat kaji selidik mengenai kualiti jalur lebar yang dimaksudkan oleh Datuk Yussof. “Saya akan minta pihak membuat kaji selidik berkaitan kualiti jalur lebar yang dimaksudkan oleh Ahli parlimen itu, sama ada ia lambat, atau tidak dapat diterima sepenuhnya.. kita harap sebelum PM umumkan tarikh ke 13 akan dapat selesai … justeru itu kita minta rakyat Labuan bersabar sedikit,” katanya. Pada majlis itu, Rais turut menyerahkan peruntukan geran berjumlah hampir masing-masing RM47,450.00 kepada Komuniti 1Malaysia (K1M)RM20,000 kepada Persatuan Pengusaha Bas Labuan dan RM4,500 untuk Kelab 1Mlaysia. Terdahulu sebelum itu, beliau bersama pemimpin tempatan melakukan kerja-kerja sentuhan kasih untuk bergotong royong membaik pulih dua rumah penduduk kampung yang kurang berkemampuan. Beliau juga turut melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan peringkat Labuan yang diadakan di Aras Satu Terminal berlepas Lapangan Terbang Labuan sejurus saja tiba di sini kira-kira jam 11.55 pagi. Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Yunus Kurus; Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan, Kamaruddin Siaraf; Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Mohd Taib Ubah dan Ketua Kampung Bukit Kuda, Mustapha Tangkim. Keratan Daripada New Sabah Times  15.01.2013.

No comments:

Post a Comment