Beliau menjejaskan, jika ahli ikhlas di
dalam bersuara dan berjuang melalui saluran yang betul, ianya sudah tentu akan
memperbaiki pentadbiran negara ke arah yang lebih baik lagi.
“Saya menyeru kepada ahli PBS di sini agar
terus berjuang, memainkan peranan dan mengambil kritikan dengan ikhlas untuk
terus memajukan Pulau Labuan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat agung PBS
Ke-28 di sini kelmarin.
Dr Maximus yang juga Menteri Tenaga,
Teknologi Hijau, dan Air melihat PBS mempunyai peranan yang penting di pulau
ini.
“PBS merupakan parti komponen Barisan
Nasional (BN) yang kedua terbesar di sini selepas Ummo”. Parti ini sentiasa
relevan untuk bekerjasama dengan parti komponen BN Labuan khususnya Ummo.
“Peluang untuk bekerjasama ini harus
digunakan seperti didalam menyuarakan perihal keperluan rakyat di sini”.
“Sebagaimana yang kita maklum, salah
seorang ahli PBS iaitu Ketua PBS Bahagian Labuan, Peter Mak merupakan salah
seorang Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan,” katanya.
Dr Maximus turut menekankan agar ahli PBS
sentiasa mahu untuk berubah demi kekuatan parti.
Beliau menekankan tiga perkara penting di
dalam membuat perubahan dalam PBS iaitu pentadbiran parti yang efisien,
menambah jumlah ahli dan mengamalkan sikap hormat-menghormati sesuai dengan
prinsip parti yang berbilang kaum.
Selepas merasmikann mesyuarat itu, Dr
Maximus yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun
(KDCA) menyumbangkan sejumlah RM5,000 kepada KDCA Labuan.
Sementara itu, Ketua PBS Bahagian Labuan,
Peter Mak memohon agar kedua jawatan tertinggi iaitu presiden dan timbalan
presiden PBS di peringkat pusat ditiadakan pertandingan pada pemilihan PBS pada
tahun ini.
“Seandainya pertandingan diadakan juga,
PBS Bahagian Labuan berdiri teguh di bawah kepimpinan Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan dan Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johniy Ongkili” katanya.
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah,
Timbalan Ketua PBS Labuan, Edward Lajanty dan beberapa ahli majlis tertinggi
PBS pusat.
No comments:
Post a Comment